Assalamualaikum,, kali ini saya akan memposting tentang adab atau cara memotong kuku yang baik dan benar yang juga dilakukan atau disunahkan oleh Rasullulah SAW. Subhanallah jika kita tahu bahwa memotong kuku-pun dalam Islam mempunyai adab atau cara yang khusus dan detail tentang mengapa dan bagaimana cara yang baik dan benar.
Berikut adalah penjelasannya :
Kuku ialah selaput atau bahagian keras
yang tumbuh pada ujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang
tumbuh pada ujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan
tajam).
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala
mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia.
Dalam hukum Islam, kuku berperan alam beberapa perkara hukum yang tidak
seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya
seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar,
sebagai contoh kuku bisa menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub,
jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Masalah yang sering timbul atau dipertanyakan adalah pada saat kuku diwarnai khususnya bagi kaum hawa yang sangat senang melakukan hal tersebut. Selain itu juga apa hikmah dari mewarnai dan memanjangkan kuku itu sendiri menurut Islam. Dan juga waktu yang baik untuk memotong kuku dan alat apa yang baiknya digunakan. Mari kita simak :
1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunah. Sebagaimana
disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong kumis,
memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku,
membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,
bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku
lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunah bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki.
Adapun hikmah daripada memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran
yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut
bisa menghalangi sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada
itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis
melekat di dalamnya, nescaya ia bisa berpengaruh pada kesihatan.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunah memotong kuku dimulai daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku dimulai jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehingga jari kelingking kemudian
tangan kiri dari jari kelingking sehingga ibu jari.
Sementara
kuku kaki pula, dimulai kaki kanan dari jari kelingking sehinggalah ibu
jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau
atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
seperti yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah
selesai memotong kuku, sayogyanya segera membasuh tangan (tempat kuku
yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaruk
pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit
kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong
kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun
waktu memotong kuku itu tergantung pada panjang kuku tersebut. Kapanpun
diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada
memotongnya.
Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut
tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah
ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku, mencabut
bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya
lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'yah, sunah
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunahkan mandi, bersiwak, berharuman, berpakaian rapi sebelum pergi ke
masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah
Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa
yang mandi pada hari Juma'at, bersiwak, berwangian jika memilikinya dan
memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke
masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah
bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang sembahyang sunah, dia diam
ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai
mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum'at itu dan Juma'at sebelumnya."
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah katanya yang
maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam
memotong kuku dan mengunting kumis pada hari Juma'at sebelum Baginda
keluar untuk bersembahyang."
Hari-Hari Memotong kuku
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani) Sementara menurut Ibnu Hajar
Rahimahullah pula, sunah memotong kuku itu pada hari Kamis atau pagi
Jum'at atau pada hari Isnin atau Senin.
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam bermaksud;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada hari;
SABTU,, Penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
AHAD,, Hilang berkat
SENIN,, Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)
SELASA,, Mempusakai kebinasaan
RABU,, Mempusakai jahat perangai
KAMIS,, Mempusakai kaya
JUM'AT,, Mempusakai ilmu dan lemah lembut
4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk
memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunah ditanam
di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu
daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath
al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah
atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi
junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali
kepadanya dengan keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya (Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah
perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu
'alaihhi wasallam , karena Baginda menggalakkan supaya memotong kuku.
Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang
membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah
haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan
yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga
jika pewarna itu dibuat dari benda najis adalah haram digunakan
melainkan ada hajat seperti berubat.
Jika pewarna kuku itu
boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah dibersihkan
pewarna tersebut. Jika tidak dibersihkan ia daripada kuku tangan atau
kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi
wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.
Hal ini berbeda pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau
perempuan yang hendak berihram sunah baginya berinai atau berpacar.
Walau bagaimanapun cara berinai yang disunahkan itu ialah dengan
menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke
pergelangan tangan. Disunahkan juga menyapukan sedikit inai kemuka,
sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang
kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan
menutupi warna kulit tangan dan muka.
Adapun perempuan yang
tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak
tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran
dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan
menimbulkan fitnah.
Sementara cara berinai dengan hanya
menginaikan ujung-ujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu
adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan
tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara
berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan
ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami
maka hukumnya tetap haram.
Manakala hukum berinai bagi kaum
lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan
oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya :
"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)." (Hadis riwayat Muslim)
Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di
dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi
jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran yaitu ada keperluan atau
hajat seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga
dimakruhkan ke atasnya berinai.
Sekian dari postingan saya kali ini, terima kasih SEMOGA BERMANFAAT :)
postingan yang bagus :)
ReplyDelete